TIME MACHINE

Thursday 10 January 2013

PEREMPUAN

Aku suka jadi perempuan. Tapi aku sedih perempuan semakin murah. 
Yang cantik (semata-mata) mendapat lesen untuk berbuat apa saja dan berkata apa saja. Bodoh bodoh begitu kerana mereka cantik. Pandangan stereotaip telah memberi lesen besar pada golongan ini. Ramai yang berebut mahu jadi cantik, tidak ramai pula yang berebut mahu jadi cerdik. Hasilnya? Terwujudlah selambak si comel jelita otak sifar, bersepah-sepah seperti botol kosong di pasar. Tak ada apa yang nak dihairankan.



(melainkan kau duduk bawah tempurung) perempuan yang punya akal dan hati boleh dikira dengan jari. Dan bila mereka ini kurang cantik pada pandangan stereotaip tadi, mereka terus jadi...ghaib.


Kecantikan dalaman cuma terlihat oleh mata hati. Kecantikan luaran terlihat oleh mata kepala dan mata celah kangkang. Itu majoriti.


Kesilapan manusia. Pandai bikin sejuta jenis berlian, tapi belum mampu membeza kaca dengan intan. Teknologi bukan main tinggi, tapi fikiran paras buku lali.


Kau memang malas baca buku kan?
Kau lihat muka depannya saja.
Kau ingat kalau aku ceraikan isi buku dengan kulit luarnya,dan aku jual,mana yang lebih mahal?
Kau nak beli kulit?


Tolol.

                                                                                 

                                               ~WANI ARDY, LANGIT VANILLA


WELL SAID WANI ARDY... Tepat ke hati..


No comments:

Post a Comment