TIME MACHINE

Thursday 19 April 2012

Kira-Kira Roti


Di saat kesibukan kepala yang sedang bertungkus lumus memikirkan macam mana untuk mencari frequency oscillation dan minimum value untuk Rf, ditambah pulak sesalan yang tidak berkesudahan sepanjang sem ni pasal kenapalah daku pegi susun kelas di saat pelajar2 lain sibuk duk makan di cafe atau buat kuak lentang di bilik. Tiba-tiba muncul khabaran yang gembira.........

En. Ako Mustapha : Okeyh, kita sambung pasal oscillator ni esok.


Student : YeaYYYY balik awal!!!!!


En. Ako Mustapha : Tapi... sebelum tu kiter main teka teki dulu. Nak? Okey awak memang kena nak jugak sebab waktu belum habis.

Student : -.-'


En. Ako Mustapha : Ohkay, gini. Ada 3orang Pemuda. Pemuda A ada 8 roti dan Pemuda B ada 5 keping roti. Tetapi, Pemuda C pulak hanya ada RM8 tanpa ada sehabuk roti pon ditangan. Jadi, Pemuda A dan B ni pun memberikan roti mereka secara adil dan saksama tanpa penyelewengan kepada C. Dan sebagai tukaran Pemuda C memberikan RM8 kepada A dan B. Soalannya sekarang, berapa ringgitkah yang A dan B akan dapat hasil daripada perkongsian roti mereka dengan Pemuda C?


Student : A=5 dan B=3.


En. Ako Mustapha : Salah.... Jawapannya Pemuda A akan dapat RM7 dan Pemuda B RM1.




Anonymous Student : Tak logik lah Encik Ako. Macam mana boleh jadi macam tu pulak?


En. Ako Mustapha (sambil sengih2 kerang) : Kalau awak nak tahu, kisah ini sebenarnya berlaku pada zaman Saidina Ali yang mana masalah itu diselesaikan sendiri oleh beliau. 
5+3 = 8roti
8roti dipotong 3 bahagian (8x3)=24 dan 24/3= seorang akan dapat 8 bahagian                
Pemuda A => potong 5 roti kepada 3 bahagian =15 
                 => 7 beri kepada C dan lagi 8 untuk Pemuda A sendiri
Pemuda B => potong 3 roti kepada 3 bahagian = 9
                 => 1 beri kepada C dan lagi 8 untuk Pemuda B sendiri
Jadi adalah logik dan adil untuk A dapat RM7 dan B dapat RM1 kannnnn???

Tengok. Pandai kan pemimpin Islam? Saidina Ali digelar juga GEDUNG ILMU oleh Rasullullah SAW. Bukan sahaja beliau bijak dalam permasalahan agama, malah beliau juga bijak dalam ilmu Matematik. Setakat ODE ke Calculus ke.. Adalah celah pedang jer tu tahu..??

So, lepas baca ni, janganlah terbit dekat dalam hati korang tu ayat gini, "Bilalah nak jumpa pemimpin yang pandai macam nikan?". oh tidak. No! CUBA KORANG TUKAR!

BILALAH AKU NAK MENJADI PEMIMPIN YANG SEHEBAT DAN SEBIJAK SAIDINA ALI?

Haa.. lagi molek kan?


aininsofia : AKU? aku nak jadi SEPERTI NUSAIBAH...insyaAllah :D






2 comments: